Malaysia Dateline

6,493 kes baru, kini jumlah keseluruhan hampiri 500,000 kes

Jumlah keseluruhan kes sejak pandemik membadai negara kini hampir mencecah 500,000 kes di mana pertambahan sebanyak 6,493 kes baru telah direkodkan hari ini.

Ini menjadikan menjadikan kumulatif kes baru dalam negara setakat ini adalah 498,795 kes.

Kuala Lumpur menjadi negeri kedua tertinggi selepas Selangor iaitu sebanyak 641 kes kemudian diikuti Sarawak sebanyak 612 kes.

Selangor kekal berada pada kedudukan tertinggi kes baru iaitu 2,163 kes.

Seramai 643 pesakit COVDI-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 363 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, lapan kes di Sarawak, lima kes di Johor, empat kes di Kedah, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kelantan.