Malaysia Dateline

65 peratus sudah mengundi, kurang 30 minit lagi sebelum pusat mengundi ditutup

Setakat jam 3 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mencatatkan 65 peratus rakyat Malaysia telah keluar mengundi.

Kira-kira setengah jam lagi atau kurang dari 30 minit masa berbaki untuk rakyat Malaysia keluar mengundi.

Pergerakan keluar pengundi dilapor agak perlahan ekoran hujan lebat sejak awal pagi apabila hanya mencatatkan 9 peratus pada awal pagi sebelum terus meningkat kepada 20 peratus pada 10 pagi.

Setakat jam 2 petang tadi pula SPR merekodkan 58 peratus atau kira-kira 12.1 juta rakyat Malaysia telah keluar mengundi.

“Statistik keluar mengundi bagi Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 pada jam 3 petang, peratus keseluruhan sebanyak 65 peratus,” maklum SPR seebntar tadi.

Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.