Malaysia Dateline

PTPTN: AMANAH minta kerajaan beri perhatian serius dan segera

Manifesto PRU ke 14, Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan PR tidak berjanji untuk memansuhkan (Pinjaman Tabung Pendididkan Tnggi Negara (PTPTN).

Sebaliknya PH menjanjikan dua perkara yang sangat popular dan amat relevan dalam 100 hari pertama mengenai PTPTN sehingga memberi kemenangan ke menakluki Putrajaya

Demikian dinyatakan oleh Ketua AMANAH Kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria.

Jelas beliau lagi, menangguhkan pembayaran hutang hingga mencapai gaji RM4000 sebulan serta menghapuskan senarai hitam imigresen merupakan janji popular sehingga memberi kemenangan besar kepada PH.

“Tidak dapat dinafikana hutang peminjam PTPTN telah mencecah RM40 bilion.

“Semakan imigresen pada Disember 2017 mencatatkan seramai 447,980 graduan disenarai hitamkan serta merupakan kumpulan terbesar yang disenarai hitamkan oleh imigresen.

“Kesan dari disenarai hitamkan, maka tidak boleh membuat apa-apa pinjaman bank dan sekatan keluar negara, ” tegasnya.

Namun begitu katanya, RM40 bilion hutang graduan mahisiswa tidak sama dengan hutang RM42 bilion 1MDB.

Malah katanya, RM40 bilion tersebut adalah hutang graduan kepada kerajaan, manakala RM42 bilion pula adalah hutang kerajaan dengan syarikat asing dan amat jauh perbezaannya.

“RM42 bilion merupakan bebanan besar kepada kerajaan kerana ia perlu dibayar bersama-sama dengan faedah yang berbilion-bilion.

“Sementara itu harus dianggapkan bahawa RM40 bilion hutang peminjam PTPTN merupakan pelaburan jangkamasa panjang dan pelaburan pendidikan kepada anak bangsa.

“Apa yang penting dan perlu dikotakan ialah kekalkan janji asal, iaitu tangguhkan pembayaran hingga gaji mencapai RM4000 sebulan sepertimana yang telah dicanang-canangkan sebelum ini, ” ujarnya lagi.

Menurut Dr Zaidi lagi, keputusan kerajaan kini menangguhkan pembayaran hingga gaji mencapai RM2000 sebulan tidak mempunyai banyak perbezaan denngan janji asal.

Walau bagaimana pun, memenuhi janii manifesto PRU 14 PTPTN boleh dilaksanakan kerana ianya bukan satu bebanan kepada kerajaan sebagaimana hutang 1MDB.

Secara tidak langsung tambahnya, bagi memansuhkan PTPTN kerajaan tidak perlu mengeluarkan wang, sedangkan untuk memansuhkan Tol kerajaan terpaksa menanggung berbilion bilion ringgit bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Maka itu katanya, keseriusan dalam menangani isu PTPTN amat diperlukan dan tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak.