Malaysia Dateline

660 kes positif baharu, 4 mati, 350 kes sembuh tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 350 kes sembuh hari ini menjadikan ianya jumlah tertinggi bagi kes sembuh pernah dilaporkan.

Keseluruhan kes dibenarkan discaj kini meningkat kepada 11,372.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 660 kes direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 16,880 kes.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes, 658 adalah kes tempatan manakala dua yang lain membabitkan kes import.

Negara juga merekodkan empat kematian baru menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 163 kes.

Manakala kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 101 kes dengan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes di setiap negeri: Sabah (443 kes), Selangor (76 kes), Kedah (60 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (19 kes).

Johor (10 kes), Perak (16 kes), Negeri Sembilan (2 kes), Pahang (1 kes), Pulau Pinang (23 kes).