Malaysia Dateline

67 kanak-kanak sertai Sunathon anjuran Pemuda AMANAH Wilayah

Seramai 67 kanak-kanak menyertai Program Sunathon bertempat di Surau Al-Husna Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang.

Program berkenaan anjuran bersama Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Pemuda AMANAH Setiawangsa dan AMANAH Setiawangsa.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad juga sempat meluangkan masa bersama dengan peserta dan petugas yang berada di lokasi seawal jam 7.45 pagi.

Turut hadir Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam; Ketua AMANAH Setiawangsa, Mohd Yusof Ahmad; Ketua Pemuda AMANAH Setiawangsa, Syukri dan Pengarah Amal Relief (ARiF) Wilayah Persekutuan, Nazirullah.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat iaitu para doktor, jururawat, barisan AJK surau dan PPR dan semua petugas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini,” kata Asmaaliff.

Antara peserta Program Sunathon di surau PPR Desa Rejang hari ini.