Chemat Mustapha dipilih Ketua AMANAH Labuan

Chemat  Mustapha dipilih Ketua AMANAH Labuan
Barisan kepimpinan baru AMANAH Labuan.

Ahli politik veteran tempatan, Chemat Mustapha dipilih sebagai ketua Kawasan Parti Amanah Labuan pada pemilihan pertama bahagian parti itu, malam tadi

Ahli perniagaan tempatan berusia 56 tahun itu memenangi jawatan itu selepas menewaskan Yahya Saleha.

Chemat Mustapha

Bekas ketua penyelaras Amanah Labuan, Dr Ramli Tahir dipilih sebagai Timbalan Ketua, manakala Aswadee Taba dan Asmadi Ahmad masing-masing sebagai naib ketua 1 dan 2.

Mohammad Heidar Mohammad Rashid dilantik sebagai Setiausaha dan Wan Abd Rahim Wan Abd Rahman sebagai Bendahari.

Sembilan anggota jawatankuasa terdiri daripada Kasdi Kurdi, Nordin Ahmad, Abdullah Amir Abd Rahman, Mohammad Hussin, Dassuki Zainal, Roslan Kario, Surizal Salleh, Andy Herrdiwady dan Arjuna Yussof.

Yantei Bakir, 37, menang sebagai Ketua Wanita Bahagian (Awan) dan Matzinah Matali sebagai timbalannya.Haryani Isli dan Mahani Yusup masing-masing menang jawatan naib ketua 1 dan 2.

Dayangku Norizah Pg Zainal dilantik sebagai Setiausaha manakala Rosinah Jahar sebagai Bendahari.Norisah Yahya sebagai auditor 1 dan Aidah Saidi sebagai auditor 2.

Pemilihan sulung AMANAH Labuan diadakan semalam menyaksikan pertembungan dua penjuru bagi merebut jawatan ketua kawasan.

Pertembungan itu adalah antara Chemat Mustapha,56, dan Yahya Saleha,63, dan kedua-dua mereka mendakwa mendapat sokongan yang mantap.

Chemat mendakwa menerima sokongan daripada 36 cawangan manakala Yahya mendakwa disokong 28 cawangan.

AMANAH Labuan yang ditubuhkan pada Jun tahun lepas kini mempunyai 64 cawangan.- Bernama