Malaysia Dateline

6,824 kes baharu Covid-19, Selangor catat penurunan tiga hari berturut-turut

Jumlah kes baharu Covid-19 mencatat penurunan dua hari berturut-turut dengan 6,824 kes dilaporkan hari ini.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kepada 572,357 kes.

Walaupun Selangor kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 2,111 kes tetapi merekodkan penurunan tiga hari berturut-turut.

Semalam, jangkitan baharu Covid-19 di negeri itu sebanyak 2,477 kes manakala 2,836 kes pada kelmarin.

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor – 2,111 (186,926)
Kelantan – 695 (27,788)
Sarawak – 654 (47,329)
Johor – 489 (58,383)
Kedah – 464 (18,909)
Kuala Lumpur – 387 (58,654)
Melaka – 352 (12,086)
Pulau Pinang – 328 (28,626)
Perak – 255 (20,634)
Negeri Sembilan – 253 (26,305)
Pahang – 219 (9,577)
Sabah – 207 (62,244)
Terengganu – 204 (8,771)
WP Labuan – 166 (3,722)
WP Putrajaya – 28 (1,892)
Perlis – 12 (511)