Malaysia Dateline

6,849 kes Covid-19 baharu, Selangor tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 6,849 kes Covid-19 baharu dengan keseluruhan kes sebanyak 646,411 kes.

Selangor terus mencatatkan negeri tertinggi dengan sebanyak 2,558 kes. Diikuti Kuala Lumpur (884 kes), Sarawak (699 kes), Negeri Sembilan (685 kes), dan Johor (426 kes).

Sementara itu, Sabah (309 kes), Kelantan (248 kes), Pulau Pinang (205 kes), Labuan (176 kes), Melaka (170 kes), Perak (161 kes), Kedah (161 kes), Pahang (89 kes), Terengganu (66 kes),  Putrajaya (10), manakala Perlis (2 kes).