Malaysia Dateline

69 kes baharu dilaporkan, terendah sejak PKP dilaksanakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 201 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes (56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir tiga kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 17 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes.

Sehingga kini, seramai 51 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 86 kes.

Kes kematian ke-85 (kes ke-5064) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai
sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-4657 berkaitan dengan kluster PUI Bali.

Beliau telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 3.30 petang.

Kes kematian ke-86 (kes ke-5183) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar
belakang penyakit darah tinggi dan strok.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2321