Malaysia Dateline

7-Eleven Malaysia, Tiangseri Malaysia meterai perjanjian untuk program francais

7-Eleven Malaysia Sdn Bhd menandatangani memorandum perjanjian (MOA) dengan Pertubuhan Tindakan Pejuang Wanita Dalam Sosial, Ekonomi, Rumahtangga Dan Ilmu (Tiangseri Malaysia) bagi merekrut, menyediakan dana pembiayaan dan melatih bakal francaisi di bawah rangkaian kedai serbaneka itu.

Di bawah perjanjian itu, Tiangseri Malaysia ditugaskan untuk merekrut dan mengesyorkan sehingga 50 francaisi berpotensi kepada 7-Eleven Malaysia dalam masa 12 bulan selain menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada mereka.

Perkhidmatan berkenaan termasuk membantu bakal francaisi mendapatkan pembiayaan diperlukan pada kadar istimewa melalui agensi kerajaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dan Majlis Amanah Rakyat.

–BERNAMA