Tujuh mahasiswa, peserta himpunan #TangkapMO1 beri keterangan polis esok

Tujuh mahasiswa, peserta himpunan #TangkapMO1 beri keterangan polis esok

Tujuh mahasiswa dan peserta perhimpunan #TangkapMO1 pada Sabtu lalu dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan esok di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.

Kordinator Penerangan Gabungan TangkapMO1 Aqilah Zainuzi dalam satu kenyataan berkata, mereka yang dipanggil pihak polis akan hadir bersama pada jam 11 pagi di IPD Dang Wangi.

Mereka yang akan memberikan keterangan berkaitan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu ialah Anis Syafiqah, Aqilah Zainuzi, Amir Abd. Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim ,Suhail Wan Azahar dan Isaiah Jacob.

Mahasiswa dan peserta akan berhimpun di restoran berhadapan IPD Dang Wangi pada jam 10 pagi.

‘Diharapkan kawan-kawan dapat hadir bersolidariti bersama rakan yang lain bagi menunjukkan semangat setia kawan bersama rakan mahasiswa,” ujarnya.