Malaysia Dateline

7 sebab utama mengapa rakyat Melaka mesti undi PH dan Adly Zahari

Masa untuk rakyat Melaka memilih kerajaan baru telah tiba. Tirai kempen selama 12 hari telah berlabuh. Kerajaan baru Melaka akan ditentukan antara tiga gabungan Barisan Nasional, Pakatan Nasional atau Pakatan Harapan.

Menurut beberapa orang pemanggil-pemanggil tele-kempen yang bertugas membantu seorang calon, dalam anggaran 20% hingga 30% daripada responden dalam tele-kempen akan merugut dan mengeluh, “Saya sudah bosan” dan “I fed-up dengan politik tukar kerajaan”.

Tapi awas, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini adalah peluang terbaik untuk anda merobah kekecewaan anda dengan tidak lagi memberi undi kepada politik mencari kepentingan diri yang memperbelakangkan dan merisiko rakyat. Pastikan kekecewaan anda tidak berulang. Ini masa terbaik untuk rakyat keluar membuat keputusan.

Tujuh sebab utama mengapa rakyat Melaka mesti memilih Pakatan Harapan dan Adly Zahari

1. Melaka memerlukan kerajaan yang stabil dan kepimpinan yang jitu. Ini penting untuk memberi tumpuan kepada kehidupan sejahtera rakyat dan penjanaan semula ekonomi selepas pandemk.

Ramai penganalisis bimbang tidak ada gabungan parti yang bakal mendapat majoriti selesa. Tetapi, memberi undi kepada Barisan Nasional dan Pakatan Nasional boleh memberi risiko kepada bertukar lagi kerajaan. PRN Melaka adalah akibat episod jatuh-menjatuh dan pergelutan dalam Barisan Nasional. UMNO pula telah mengumumkan tidak akan memberi kerjasama kepada Bersatu. Nampaknya gabungan yang hanya berpakat pada peringkat Persekutuan tetapi berbalah di negeri, bukan satu gabungan yang stabil dan boleh kembali bergolak.

Rakyat Melaka perlu menolak ahli politik mencari habuan dan kepentingan diri ini tatkala rakyat semakin hari semakin susah. Rakyat Melaka perlu memberi undi yang cukup dan memenangkan calon-calon PH daripada merisiko memberi undi kepada BN atau PN yang sedang bergelut.

2. Peribadi Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka era PH adalah peribadi disenangi ramai rakyat Melaka. Ramai penganalisis mengakui bahawa rakyat Melaka melihat sendiri kelebihan kepemimpinan Adly sebagai juara rakyat, untuk rakyat. Berjiwa sederhana dan tidak mengejar populariti, tetapi dalam tempoh tidak sampai dua tahun, Adly memberi sepenuh tumpuan untuk mencernakan idea-idea bijak lalu menterjemahkkannya menjada projek-projek strategik dan bermanfaat untuk rakyat Melaka. Hal ini diakui oleh kawan dan lawan Adly, sebagai kreatif dan bijak.

Adly menggerakkan puluhan program massa bagi memenuhi berbagai keperluan rakyat dalam masa 22 bulan merentasi sektor dari kebajikan rakyat, pelancongan dan penjanaan pendapatan, wanita dan kekeluargaan, perpaduan dan integrasi kaum hingga pembangunan belia dan sukan.

3. Bukti kepimpinan berkesan dan program yang berhasil. Pada era kepimimpinan Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka banyak program berjaya dilaksanakan antaranya Program 500 unit rumah Rumah Peduli untuk rakyat miskin tegar; Kad Peduli Kesihatan untuk membantu golongan B40 mendapat rawatan asas di klinik swasta; meningkatkan taraf hidup rumah mampu milik bagi miskin tegar dan bantuan pinjaman untuk peniaga kecil mendapat pinjaman.

Dari segi ekonomi, Adly telah berjaya meningkatkan pendapatan negeri, mengurangkan hutang negeri, dan menguruangkan defisit sebanyak RM53 juta, menganjur tahun Melawat Melaka, menaik taraf projek Melaka Gateway dan meningkatkan daya pertumbuhan eksport Melaka kepada RM8.9 bilion.

4. Adly Zahari pengamal kepimpinan yang pragmatik dan praktikal serta meraikan semua kaum dan agama. Ahli politik yag cemerlang tidak hanya perlu berkerja keras, tetapi kemampuan untuk berfikir secara integratif dan praktikal sebagai ciri kepemimpinan semasa yang amat diperlukan oleh rakyat. Beliau juga berani membuat reformasi dalam pentadbiran demi penyampaian khidmat rakyat yang pantas dan berkesan.

Tun Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka selama 16 tahun berkata beberapa hari lalu, “Adly seorang pemimpin yang pragmatik dan praktikal dalam apa-apa yang yang dilakukannya”. Satu pengiktirafan untuk Adly Zahari.

5. Islam diperkasa dan Melayu terpelihara. Rekod khidmatnya semasa menjadi Ketua Menteri dalam masa yang singkat telah melancarkan berbagai program untuk memperkasakan Islam dan memelihara nasib orang Melayu, membuktikan komitmen kepada Islam dan Melayu.

Antara usaha beliau adalah mengembalikan pemberian dermasiswa kepada mahasiswa Melaka aliran agama di Universiti Al-Azhar; memulakan program penajaan puluhan pelajar cemerlang STAM untuk pengajian di Al-Azhar; menaikkan peruntukan pembangunan pendidikan sekolah agama; dan mengekalkan tanah adat Melaka dengan dilindungi dengan tiada warga asing dibenar untuk memiliknya.

6. Pemimpin berprinsip, bukan suruhan mana-mana pihak. Adly Zahari menelusuri perjalanan politik dengan membina pengalaman dan ketokohan yang tersendiri sehingga memimpin Pakatann Harapan Melaka. Beliau berpendidikan dan berpengalaman profesional dalam bidang kejuruteraan, daripada keluarga yang kuat berpegang kepada agama serta beliau sendiri telah berjaya melahirkan ramai anak yang menjadi al-hafiz dan cemerlang dalam akademik. Peribadi seperti ini bukan pak turut kepada mana-mana pihak tetapi seorang pemimpin dan ahli pasukan yang cemerlang.

Benarlah seperti kata bekas TYT Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob beberapa hari lalu, “Saya rasa dia mesti berbaik dengan DAP. Tak ada salahnya kerana seorang ketua, seorang pemimpin, memerlukan sokongan. Kalau DAP ramai dan mereka berikrar menyokong dia, saya rasa tak ada salahnya. Di mana bonekanism? Mana ada, tidak ada”.

7. Pemimpin masa hadapan. Ramai gnerasi anak muda Malaysia yang bosan melihat budaya politik kebencian, politik perkauman dan politik habuan. Ramai kecewa dengan politik menjatuhkan kerajaan di tengah penggal sama ada di Pusaat atau di negeri.

Generasi muda mahu melihat pemimpin yang benar-benar berwibawa, amanah dan kompeten, yang menggerakkan politik baru berpaksi nilai, yang pemimpinnya benar-benar mengutamakan rakyat, mengotakan apa yang dijanjikan dan membawa negara keluar dari krisis kesihatan, ekonomi dan sosial yang sekian lama membebani rakyat. Adly dan pasukannya menjadi harapan baru untuk Melaka menuju masa hadapan yang lebih gemilang.

Ayuh rakyat Melaka, keluar memilih pemimpin untuk membangun masa hadapan bersama. Selamat Mengundi rakyat Melaka.
————-
Penulis adalah pembaca Malaysia Dateline dan penganalisis politik.