Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
70  kertas siasatan dibuka rasuah JPJ Pulau Pinang, kata SPRM

70 kertas siasatan dibuka rasuah JPJ Pulau Pinang, kata SPRM

BernamaMay 21, 2019 2:35 pm




Sekurangnya-kurangnya 70 kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah dibuka, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata siasatan kes itu kini berada di penghujungnya dan kertas pertuduhan akan disiapkan secepat mungkin.

“Selain itu, beberapa kes rasuah berkaitan JPJ Pulau Pinang dijangka dibawa ke mahkamah sebelum atau selepas Hari Raya Aidilfitri untuk tindakan selanjutnya.

“Ramai lagi akan dipanggil dalam kes itu dan kami akan memfokuskan isu ini di JPJ Pulau Pinang setakat ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes rasuah JPJ Pulau Pinang.

Pada 16 April lepas, SPRM menahan 31 individu termasuk 23 anggota penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya yang membawa lebih muatan di sekitar negeri itu.

Penahanan 28 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun itu bagi membantu siasatan dan SPRM tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 dan RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production