Malaysia Dateline

70 penerima terima sumbangan program Jalinan Kasih Sejambak Budi

eramai 70 penerima terdiri daripada guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) hari ini menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Jalinan Kasih Sejambak Budi yang disampaikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Zulkefly dalam ucapannya berkata amalan bersedekah tidak seharusnya diamalkan dalam bulan Ramadan sahaja malah perlu dilakukan secara berterusan.

Program itu yang dianjurkan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Negeri Sembilan (KPIBKN) turut dihadiri Pengarah Pendidikan negeri Datuk Pkharuddin Ghazali

Sementara itu, seorang penerima, Nurul Izzati Mohd Salleh, 33, melahirkan rasa bersyukur terpilih menerima bantuan berkenaan yang disifatkan mampu meringankan beban.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan membantu dalam persiapan Hari Raya selain dapat merasai kemeriahan Hari Raya seperti orang lain,” kata ibu kepada seorang anak autisme itu kepada pemberita di sini.- BERNAMA