Malaysia Dateline

71 kes varian Omicron daripada 122 kes adalah jemaah umrah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengenalpasti sebanyak 58 kes positif Covid-19 disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, 54 kes merupakan jangkitan import dari luar negara manakala empat lagi adalah penularan tempatan.

“Dengan keputusan terbaharu ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak 122 kes.

“Daripada jumlah ini, 117 merupakan jangkitan import manakala lima kes merupakan penularan tempatan.

“Daripada keseluruhan kes varian Omicron yang dilaporkan, sebanyak 71 kes (58.2 peratus) merupakan jemaah umrah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.