Malaysia Dateline

7,105 kes baharu Covid-19, 71 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan peningkatan kes Covid-19 kepada 7,105 dengan keseluruhan kes sebanyak 579,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 7,103 adalah penularan tempatan, manakala dua lagi merupakan kes import.

Negara juga mencatatkan 6,083 kes sembuh menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 496,121

Sementara itu, 71 kes kematian baharu dilaporkan dengan keseluruhan kes sebanyak 2,867 kematian.

872 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 419 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mencatatkan angka tertinggi dengan sebanyak 2,068 kes. Diikuti Kuala Lumpur (817 kes), Sarawak (703 kes), Kelantan (531 kes), dan Johor (431 kes).

Sementara itu, Pulau Pinang (400 kes), Negeri Sembilan (397 kes), Perak (387 kes), Sabah (318 kes), Melaka (249 kes), Kedah (236 kes), Terengganu (198 kes), Pahang(190 kes), Labuan (162 kes), Putrajaya (18), manakala Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.