72 peratus sudah keluar mengundi awal sebelum pusat undian ditutup tengahari ini

72 peratus sudah  keluar mengundi awal sebelum pusat undian ditutup tengahari ini

Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau pada jam 11 pagi ini mencecah 72 peratus sebelum dua pusat mengundi ditutup pada jam 12.00 tengahari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, daripda 118 pengundi awal, 8 adalah undi pos, 24 orang tentera dan 26 orang anggota polis.

Proses pengundian di PU Sendayan, yang merupakan pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan, membabitkan seramai 74 anggota tentera serta pasangan.

Di Balai Polis Rantau pula, ia membabitkan seramai 36 anggota polis yang akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Salah seorang anggota tentera udara ketia membuang undi di PU Sendayan hari ini.

PRK DunRantau menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH); Timbalan Presiden Umno , Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua lagi calon bebas iaitu R Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

PRK Dun Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.

Pada PRU-14, Mohamad, diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi kerusi itu selepas Dr Streram dilarang memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonannya kerana tertinggal pas dikeluarkan SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian 13 April ini .