Tengku Mahkota Kelantan selamat langsungkan pernikahan

Tengku Mahkota Kelantan selamat langsungkan pernikahan

Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati dari Sweden, Sofie Louise Johansson, 33, dalam satu istiadat tertutup di Istana Balai Besar, di sini malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Aria Diraja yang juga Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad pada 8.35 malam.

Khutbah nikah pula dibacakan oleh Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Turut berangkat bonda Sultan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang tiba pada 8.30 malam.

Istiadat pernikahan itu disusuli majlis persandingan dan jamuan diraja yang dihadiri kerabat terdekat Diraja Kelantan serta kenalan terdekat Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.