Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
73 laluan tikus: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand sentiasa diperketat

73 laluan tikus: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand sentiasa diperketat

Oleh AKMAL MANAF Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHJune 16, 2019 6:58 am




Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memaklumkan, langkah berjaga-jaga di kawasan sempadan Malaysia-Thailand sentiasa diperketat.

Beliau berkata, di laluan sempadan, pihaknya mempunyai Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Katanya, GBC mempunyai beberapa jawatankuasa kecil di bawahnya dan setiap jawatankuasa akan membuat pelan tindakan mereka.

“Sekiranya pelan tindakan itu melibatkan tentera darat, kita akan ambil tindakan, tetapi dalam masa sama, kami tidak menunggu perkara tersebut (pelan tindakan).

“Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan sempadan. Segala proses prosedur yang memerlukan kita bertindak, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Tentera Darat 2019 di Dataran PTD, Kem Sungai Besi, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Senator Liew Chin Tong.

Ketika ditanya adakah laluan tikus itu dibincangkan dalam kertas putih Kementerian Pertahanan, Ahmad Hasbullah memaklumkan beliau belum melihat kertas putih itu lagi.

“Kertas putih itu adalah konsep. Saya percaya setiap benda akan dibuat analisa dan juga kajian.

“Usaha kerajaan kepada kerajaan (G to G) itu insyaAllah ada. Berkenaan itu, kena tanya kepada pihak kerajaan kerana pihak saya cuma melaksanakannya sahaja.

“Dapat arahan, kami akan melaksanakan seperti yang diarahkan,” katanya.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, pihak keselamatan Thailand mengenal pasti sekurang-kurangnya 73 laluan tikus di sempadan Narathiwat, Thailand dan Kelantan, Malaysia.

Komander Tentera Bahagian Keempat Leftenan Jeneral Pornsak Poolsawat berkata, pihak berkuasa Thailand akan meningkatkan kawalan di sempadan sepanjang kira-kira 95 kilometer di daerah Sungai Golok, Sukhirin, Waeng dan Tak Bai di Daerah Narathiwat bersempadan dengan Kelantan.

Kawalan dipertingkatkan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production