Malaysia Dateline

75 borang MPKK di Parlimen Batang Sadong diterima

Sebanyak 75 daripda 97 borang penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) di Parlimen Batang Sadong telah menyerahkan borang masing -masing hari ini.

Ketua Cabang Parti Keadlian Rakyat (PKR) Piee Ling berkata, pengesahan borang yang telah diterima dan diputuskan dalam mesyuarat Sekretariat Gabungan komponen Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada PKR, AMANAH dan Bersatu.

Menurutnya,baki lagi daripada jumlah yang belum menghantar borang hari ini akan menyusul dalam masa terdekat ini bagi menyerahkan borang penubuhan mereka.

Katanya, penubuhan MPKK itu merangkumi Dun Sadong Jaya, Simunjan dan Gedong.

” Alhamdulillah.. setakat ini sambutan yang diterima penduduk kampung dan masyarakat di tiga Dun berkenaan amat menggalakkan.

“Bahkan mereka memberi kerjasama yang baik serta menyokong padu penubuhan MPKK di kawasan terbabit,” ujar beliau ketika ditemui hdi Pejabat PKR Batang Sadong di Samarahan hari ini.

Tegasnya, walaupun kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung memainkan isu yang mengatakan MPKK akan memecah -belahkan rakyat di Sarawak, tetapi sebaliknya seluruh masyarakat tetap menyokong penubuhan ini.

Katanya, dengan MPKK penduduk khususnya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman dapat menerima informasi terus dari Kerajaan Perseketuan di bawah PH.

“MPKK memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri ini dapat menerima insentif dan bantuan daripada kerajaan pusat nanti, ” ujar Piee.