Malaysia Dateline

76 peratus sudah keluar mengundi awal setakat 1 tengahari

Setakat jam 1 tengahari, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia merekodkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebanyak 76 peratus.

Hari ini merupakan hari pengundian awal membabitkan 23,043 pengundi awal terdiri dari anggota tentera dan pasangan serta anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Proses pengundian awal PRN Sarawak Ke-12 ini akan berakhir pada jam 5 petang.