SB tidak lagi digunakan sebagai alat politik, jamin KPN

SB tidak lagi digunakan sebagai alat politik, jamin KPN
"Jika melampau, kami tidak akan berpeluk tubuh meskipun ada ruang untuk kritikan," katanya yang dahulunya menjadi pengarah SB.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berikrar untuk tidak membenarkan polis Cawangan Khas (SB) sebagai alat menangani pengkritik kerajaan seperti yang berlaku ketika pentadbiran lalu.

“Cawangan Khas (SB) bukan alat untuk menindas pengkritik dan saya tidak akan biarkan ia berlaku.

“Ini satu langkah yang baik oleh pentadbiran baru kerana membenarkan pembangkang bersuara dalam mengamalkan sistem demokrasi,” katanya dalam wawancara khas bersama laman The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, katanya, tetap ada batasan yang perlu dipatuhi semua pihak.

“Jika melampau, kami tidak akan berpeluk tubuh meskipun ada ruang untuk kritikan,” katanya yang dahulunya menjadi pengarah SB.

Sebelum ini, SB dikenali sebagai jabatan di bawah pasukan polis yang banyak digunakan sebagai alat politik pihak pemerintah.