Malaysia Dateline

7,748 kes baru, kes keseluruhan cecah lebih 600,000

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 7,748 ke baharu pada hari ini menjadikan kumulatif kes baru positif COVID-19 setakat ini 603,122 kes.

Kuala Lumpur mencatat kes baru tertinggi selepas Selangor iaitu 851 kes diikuti Negeri Sembilan sebanyak 709 kes dan Sarawak 706 kes.

Seramai 86 orang telah disahkan meninggal dunia pada hari ini menjadikan kumulatif kes kematian 3,182 orang.

Manakala seramai 883 orang dirawat di ICU di mana 456 orang masih memerlukan alat bantuan pernafasan.