Malaysia Dateline

78% dari 350,000 peserta undian anggap kerajaan PN gagal

Daripada lebih 350,000 peserta yang menyertai undian dalam talian oleh Datuk Seri Najib Razak, 78 peratus percaya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang gagal.

Hanya 22 peratus dari para peserta menyertai undian bermula sejak seminggu lalu dan berakhir semalam menyifatkan kerajaan pada masa ini tidak gagal.

350,000 peserta undian itu membuat keputusan itu apabila menjawab pertanyaan Najib, “Adakah kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dan gagal menguruskan kesejahteraan rakyat.”

Menurut seorang anggota Majlis Tertingi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, Kerajaan PN berkata, kebanyakan kes baharu datang dari kategori tidak serious. “Tetapi semalam ada 153 kematian.”

Bagi beliau, kalau ikut kadar kematian dari segi saiz penduduk, Malaysia antara tertinggi di dunia.

“TS Ismail Marican bekas KP Kesihatan kata, kerajaan hari ini bersikap “denial”,” kata beliau.

Puad juga mengkritik kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang minta mayat-mayat mangsa Covid diuruskan dengan bulldozer.

“Kalau terpaksa guna bulldozer untuk kebumi jenazah, tidakkah itu amat kritikal. Siapa agaknya yang rakam suara PM itu? Memang,” kata Puad.