Malaysia Dateline

8/10 isteri tidak letak nama suami sebagai penerima hibah, kenapa ye!

Betul ke isteri apabila hendak membuat penamaan hibah, mereka tidak akan meletakkan nama suami sebagai penerima manakala hampir 100 peratus lelaki pula meletakkan nama isteri dan anak-anak mereka.

Puncanya wanita takut, selepas mereka mati, suami mereka akan kahwin lain dan harta itu akan diperolehi oleh isteri muda laki mereka.

Menurut seorang agen takaful, 8/10 pelanggan beliau yang sudah berkahwin tidak mahu meletakkan nama suami sebagai penama hibah beliau.

“8/10 client wanita berkahwin sign up takaful dgn saya taknak letak nama suami sbg penerima hibah. Katanya tak percaya suami & namakan anak bwh 18 tahun sbg penerima hibah.

“10/10 client lelakli berkahwin letak isteri sebagai penerima hibah,”tulis agen Takaful itu menerusi Facebook beliau.

Menurut sumber lain pula, bukan setakat takaful tetapi juga lain-lain penamaan termasuk KWSP, rumah, tanah, emas bahkan akaun Tabung Haji juga wanita jarang menamakan suami sebagai penama penerima hibah mereka.

“Bukan setakat hibah, segala Jenis benda mak nenek la, KWSP, rumah, tanah, emas..semuanya letak atas nama bukan suami. Memang ni la alasannya, sebab takut suami kawin lain lepas dia meninggal.

“Saya penah tanya ramai perempuan. Memang semuanya hampir sama,” katanya.

Lelaki pula, katanya, memang 100 peratus akan meletakkan nama anak dan isteri mereka.

“Dia tak kisah pun lepas dia meninggal bini dia kawin lain. Malahan elok la, takde la susah.

“Seteruk-teruknya tok laki ada nilai yang ramai tak sedar,” kata beliau mempertahankan sikap lelaki atau suami.

BACA JUGA Baru nak puji rumput cantik menghijau, sekali pemilik beritahu rupanya dah seminggu banjir termenung

JUGA Alahai comelnya awak! Lee Chong Wei dapat anak ketiga

DAN JUGA ‘Ayah pun 12 tahun menganggur, buat apa saya kerja?’ – Remaja ini anggap ramai saja orang suka tolong