8 daripada 10 isteri tak letak nama suami sebagai penerima hibah sebab takut laki kahwin lain

Oleh KIM SYAZIE

Betul ke isteri apabila hendak membuat penamaan hibah, mereka tidak akan meletakkan nama suami sebagai penerima hibah?

Manakala hampir 100 peratus lelaki pula meletakkan nama isteri dan anak-anak mereka.

Puncanya adalah kerana wanita takut selepas mereka mati, suami mereka akan kahwin lain dan harta itu akan diperolehi oleh isteri muda laki mereka.

Menurut seorang agen takaful, 8/10 pelanggan beliau yang sudah berkahwin tidak mahu meletakkan nama suami sebagai penama hibah beliau.

“8/10 pelanggan wanita berkahwin daftar takaful dengan saya tak nak letak nama suami sebagai penerima hibah. Katanya tak percaya suami dan namakan anak bawah 18 tahun sebagai penerima hibah.

“10/10 pelanggan lelaki berkahwin letak isteri sebagai penerima hibah,”tulis agen Takaful itu menerusi Facebook beliau.

Menurut sumber lain pula, bukan setakat takaful tetapi juga lain-lain penamaan termasuk KWSP, rumah, tanah, emas bahkan akaun Tabung Haji juga wanita jarang menamakan suami sebagai penama penerima hibah mereka.

“Bukan setakat hibah, segala Jenis benda mak nenek la, KWSP, rumah, tanah, emas..semuanya letak atas nama bukan suami. Memang ni la alasannya, sebab takut suami kawin lain lepas dia meninggal.

“Saya penah tanya ramai perempuan. Memang semuanya hampir sama,” katanya.

Lelaki pula, katanya, memang 100 peratus akan meletakkan nama anak dan isteri mereka.

“Dia tak kisah pun lepas dia meninggal bini dia kawin lain. Malahan elok la, takde la susah.

“Seteruk-teruknya tok laki ada nilai yang ramai tak sedar,” kata beliau mempertahankan sikap lelaki atau suami.

Baca juga: Ingatkan saje nak buat kelainan, rupanya ada kisah sedih disebalik ‘Abang Tingkap’ viral