Malaysia Dateline

8 intipati ditekankan Anwar selepas dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10

8 intipati yang ditekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik dilantik Perdana Menteri Malaysia Ke-10 sebagaimana dinyatakan dalam sidang media pertama semalam.

Antara intipati pertama beliau sebagai perdana menteri iaitu;

1. Komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia iaitu, Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli

2. Pemerintahan yang dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak

3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama.

4, Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi

5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan.

6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini

7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri

9. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara