Malaysia Dateline

8 mati akibat Covid – 19 hari ini, 2,027 kes baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 2,027 kes baharu dan lapan kematian dicatatkan ekoran wabak Covid-19 hari ini.

Selangor kekal sebagai penyumbang kes harian tertinggi dengan yang terbaru setakat tengah hari tadi 509 kes.

Daripada lapan kematian baru yang dilaporkan, lima dilaporkan di Sabah.

Angka kematian Covid-19 yang terkumpul untuk Sabah telah mencapai 275 atau 54 peratus daripada jumlah keseluruhan (509).