Sebenarnya ada banyak pantang larang diberikan oleh orang zaman dahulu kepada anak-anaknya kebanyakan untuk mengelak kecederaan.
Sebenarnya disebalik pantang larang yang diberikan, ada banyak maksud tersirat walaupun pantang larang itu tidak masuk akal.
Menurut Maskulin, ini adalah 8 jenis pantang larang daripada orang tua.
1 Jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua
Mesti pernahkan ditegur datuk atau nenek ketik menyanyi di dapur, kononnya cita-cita nak jadi penyanyi nombor satu Malaysia.
Rupa-rupanya kerana ia dilihat tidak sopan untuk menyanyi di dapur, manalah tahu tengah sibuk menyanyi sampai terlupa ikan digoreng, nanti hangit pula.
2 Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
Umum tahu kadangkala kaum Adam memilih untuk kencing tanpa mengira tempat. Sebenarnya orang tua tak nak anda kencing bersepah, kerana itu pantang larang ini tercipta.
Pantang larang ini juga dikenakan bagi mengelakkan diri daripada ditegur makhluk halus atau penunggu busut itu.
3 Makan setempat, kalau pindah nanti kahwin ramai
Kalau pergi majlis kecil-kecilan dulu, ramai yang memilih untuk duduk dekat keluarga tapi bila sepupu rapat datang mula alih tempat makan.
Rupanya ada sebab kenapa orang tua cakap cakap macam tu, ia dilihat tidak sopan kalau makan pindah-randah ni.
4. Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang
Tujuan pantang larang ini bertujuan untuk makan semeja bersama iaitu selepas solat Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga.
5. Jangan potong kuku waktu malam, nanti rezeki lokek
Zaman dahulu kan tak ada elektrik, lampu hanya bergantung pada lilin sahaja. Kalau terhiris jari macam mana?
Kerana itu, orang tua menghalang anda dari memotong kuku waktu malam.
6. Jangan duduk atas bantal, nanti bisul
Bantal zaman dahulu dibuat dari kekabu, dan dijahit sendiri oleh nenek moyang kita.
Bekas dari duduk kita itu boleh mengundang jahitan terputus. Dah tahu dah kenapa nenek marah korang?
7. Jangan mengintai orang mandi, nanti ketumbit
Anak bujang mana yang tak nakal? Semua pernah lalui zaman nakal kan?
Orang tua punya cara ini, kalau nak melarang kena menggunakan kuasa mengugut. Kalau sekadar nasihat biasa, tak jalan punya.
8. Jangan makan leher ayam, nanti kepala teleng masa naik pelamin
Sebenarnya leher ayam merupakan bahagian paling sedap. Orang tua cipta pantang larang ni sebab mereka nak menikmati leher ayam tersebut. Jadi, siapa yang bujang tu, boleh tengok sahaja.
Namun menurut saintifik pula, leher ayam merupakan bahagian yang dicucuk untuk mempercapatkan proses tumbesaran ayam. Agak merbahaya untuk kesihatan, jika anda rajin makan bahagian ini.
Jadi berapa banyak pantang larang ini yang masih anda langgar? Pastinya banyak sebab pantang larang ini semakin ditelan zaman.
Baca juga: Bank salah masukkan duit, 2 kanak-kanak automatik jadi jutawan selepas terima RM3.5 Juta