8 tahun kahwin, Aprena Manrose tak melatah soal anak, tetap berusaha dapatkan zuriat sendiri

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada sesetengah wanita tertekan apabila tidak dikurniakan zuriat selepas berkahwin lebih lima tahun.

Ditambah pula dengan mulut orang sekeliling, langsung tidak menghormati pasangan yang sedang mencuba untuk dapatkan anak.

Begitulah juga buat pelakon Aprena Manrose yang sudah reda untuk dapatkan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.

Yakin dengan ketentuan tuhan

Menurut Kosmo! Online, Aprena tidak berputus asa sebaliknya reda dan yakin dengan ketentuan Allah.

“Kalau bercakap soal zuriat ni, saya buat Persenyawaan In Vitro (IVF) kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.

“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya dan ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.

“Kemudian kami lebih kepada reda dan pasrah, tiada zuriat pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak di akhirat sana,” katanya seperti dipetik kepada Kosmo! Online.

Kurangkan berlakon

Pada masa sama, Aprena memaklumkan sedang berusaha mendapatkan cahaya mata secara semula jadi sementera jadual kerjanya tidak terlalu padat.

“Saya yakin Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tiada cuti.

“Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih santai sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan sukar hamil, ditambah hormon tak betul.

“Jadi, bila dah ada masa sekarang, insya-Allah, kalau semua cara rawatan tak menjadi, kita boleh cuba cara alami. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai,” tambahnya.

Sekadar perkongsian, Aprena dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 2016.

Baca juga: “Boleh pula ambil tempias marketing”, Starvendors jadi sasaran boikot gara-gara Ruhainies?