Malaysia Dateline

80 peratus keluar mengundi hari ini, HARAPAN boleh menang 85 hingga 93 kerusi- Dr Mazlan

Lebih 80 peratus pengundi yang keluar mengundi hari ini HARAPAN dijangka boleh menang kerusi paling banyak di Semenanjung iaitu 85 hingga 93 kerusi.

Manakala BN boleh memenangi antara 40 hingga 50 kerusi, Perikatan Nasional (PN) boleh memenangi antara 30 hingga 35 kerusi bagaimanapun Muda dan GTA masing-masing boleh menang sekurang-kurangnya dua kerusi.

Dapatan ini berdasarkan kajian yang dilakukan Penganalisis Politik yang juga merupakan Ketua Kumpulan Kajian Politik dan Governan, Unversiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Dr Mazlan Ali.

Dr Mazlan Ali

Kajian ini tertumpu kepada kecenderungan terkini pengundi menjelang hari mengundi bagi melihat tingkah laku pengundi dan respon mereka terhadap isu-isu semasa serta penerimaan terhadap parti-parti politik di dalam negara ini.

Dalam dapatan kajian di 12 Parlimen dan 1 DUN di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa terdapat beberapa kecenderungan berikut:

“Terdapat swing yang tinggi di kalangan orang atas pagar terhadap Pakatan Harapan, yang sebelum Julai 2022, tidak menyatakan sikap terhadap pilihan dan keputusan politik.

“Terdapat peningkatan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan dan di sesetengah tempat mencecah 20% seperti di Alor Gajah dan Shah Alam.

“Purata sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan kini adalah sekitar 18 % dan dijangka meningkat jika peratus turn out melebihi 80 %.

“Terdapat peralihan sokongan orang Melayu Islam (pengundi subjek yang cenderung kepada isu kaum dan agama) terhadap Perikatan Nasional

“Arah aliran sokongan pengundi muda dan pengundi kali pertama masih terbuka, tetapi purata 68% dari mereka belum membuat keputusan dan kurang informasi politik.

“Di media sosial, Perikatan Nasional (PN) dan HARAPAN adalah dua kolisi yang paling ke hadapan dalam persaingan merebut segmen pengundi muda dan pengundi kali pertama,” katanya.

Baca juga: Mahiaddin tuntut separuh peruntukan PM sebelum setuju serah kepada Ismail jadi PM

Baca juga: PRU-15: PH optimis mampu bentuk kerajaan di Perlis