80,000 Dendeng Nyet Berapi terjual pada hari pertama, Khairul Aming berjaya raih RM1.2 juta dalam masa 3 minit

Oleh KIM SYAZIE

Chef selebriti media sosial, Khairul Aming menyentuh perasaan ramai apabila berjaya meraih kira-kira RM1.2 juta pada hari pertama pelancaran Dendeng Nyet Berapi.

Pempengaruh media sosial itu memperkenalkan produk keduanya selepas tiga tahun melancarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi pada 2021.

Pada pelancaran produk itu di laman TikTok miliknya, kira-kira 80,000 pek daging Dendeng terjual dalam tempoh tiga minit.

Pencapaian ini menjadikan jualan produk beliau sebagai jualan terpantas di TikTok Malaysia.

Dendeng Nyet Berapi dijual pada harga RM14.99.

Khairul Aming yang terkenal dengan tagline ‘Hi, what’s up gais’ itu mencetuskan fenomena di negara ini apabila produknya itu berjaya mendapat tempat di hati pengikutnya.

Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa R&D produk keduanya mengambil masa selama setahun dengan modal yang dibelanjakan lebih daripada RM2 juta untuk persiapan mesin dan ubah suai kilang.

Untuk makluman, pada tahun 2023 menyaksikan jualan Sambal Nyet mencecah RM20 juta yang mana peningkatan lebih 40 peratus dari tahun 2022.

Baca juga: Rasa geram nak makan! Ini resipi pau gebu gebas