81 buah rumah terjejas kebakaran di Pulau Banggi dapat perhatian AMANAH Sabah

Oleh MALAYSIADATELINE

AMANAH Negeri Sabah menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat yang terjejas akibat kebakaran besar memusnahkan 81 buah rumah pada 13 Januari lalu.

Ketua Pemudanya Khairuddin Daud berkata, meskipun bantuan disalurkan terpaksa menempuh kesukaran kerana jarak perjalanan yang jauh melalui laut, turut terjejas.

“Sumbangan berupa beras, minyak, milo dan keperluan makanan yang lain disumbangkan dalam misi pertama bencana kebakaran kampung perpaduan, Pulau Banggi.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia daripada Kem Sri Kudat telah memberikan bantuan 3 buah bot ke Pulau Banggi bagi menyampaikan sumbangan tersebut

“Turut menyumbang Tan Sri Liew, mantan Adun merangkap Komander Askar Wataniyah Negeri Sabah dalam misi kali ini

“Diharap dengan sumbangan dan sokongan orang ramai, keadaan penduduk yang terjejas akan segera pulih seperti sedia kala.,” ujarnya dalam kenyataan.

AMANAH Sabah turut merayu orang ramai dapat terus menghulurkan sumbangan agar keadaan Pulau Banggi dapat dipulihkan dalam kadar segera.

Orang ramai boleh menghantar barangan sumbangan di Pusat Pengumpulan Sumbangan: Pejabat Parti Amanah Negara Sabah, Lot 13, tingkat 1, Blok B, Lorong Plaza Permai, Alamesra Shop, Sulaman Coastal Highway, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan menerusi akaun Maybank
Pertubuhan Muafakat Sabah (Muafakat) 560232126858

Maklumat lanjut, hubungi Urusetia misi ditalian: 0102282250

Sebahagian daripada bantuan bekalan yang sedang menanti bot  ATM untuk dipindahkan dari jeti ke Pulau Banggi.