Malaysia Dateline

835 kes baharu, 2 kematian

Sebanyak 835 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 28,640 kes dengan jumlah kebolehjangkitan iaitu 9,903 kes.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jumlah positif yang direkodkan, sebanyak 830 kes membabitkan penularan tempatan manakala lima lagi merupakan kes import.

Tambah Noor Hisham, Sabah kini mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 sebanyak 410 kes berbanding semalam dengan jumlah sebanyak 927 kes.

Pada masa sama, Malaysia mencatatkan 674 kes sembuh dengan jumlah kumulatif dibenarkan discaj meningkat sebanyak 18,499 kes atau 64.59 peratus.

Beliau juga memaklumkan terdapat dua kematian baharu sekali gus menyaksikan sebanyak 238 kes kematian dilaporkan.

Sementara itu, seramai 89 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Perincian Jumlah kes di setiap negeri: Sabah (410), Negeri Sembilan (155), Selangor (126), Wilayah Persekutuan Labuan (76), Sarawak (16), Pulau Pinang (13).

Perak (11), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11), Johor (8), Terengganu (4), Kedah (4), Putrajaya (1),