Malaysia Dateline

862 lagi kes baharu hari ini, 672 Sabah sahaja

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 862 kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan jumlah sebanyak 22,225 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah tersebut, 860 membabitkan kes tempatan manakala dua lagi kes import.

Pada masa sama, Malaysia mencatatkan 634 kes sembuh hari ini menjadikan kseluruhan kes dibenarkan discaj kini meningkat kepada 14,351 atau 64.57 peratus.

KKM juga merekodkan tiga kematian baru menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 193 kes.

Manakala kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 95 kes dengan 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes di setiap negeri: Sabah (673), Kedah (17), Selangor (132), Wilayah Persekutuan Labuan (6), Pulau Pinang (8), Perak (9), Sarawak (1)

Kelantan (1), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7), Negeri Sembilan (6), Putrajaya (1), Johor (1),