Kerajaan menerusi BNM cadang pelan penstrukturan dua fasa bagi DFI

Kerajaan menerusi BNM cadang pelan penstrukturan dua fasa bagi DFI

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan pelan penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam dua fasa yang bertujuan mengukuhkan lagi ekosistem ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ia akan dilaksanakan menerusi pembentukan institusi kewangan baharu dengan penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, Danajamin Nasional, SME Bank dan Bank Eksport-Import Malaysia.

“DFI memainkan peranan penting sebagai institusi awam dalam menyokong matlamat pembangunan negara untuk memenuhi keperluan ekonomi baharu,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 yang bertema ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ di Parlimen hari ini.

— BERNAMA