Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
89 rakyat Malaysia hadir Ijtima Tabligh di Sulawesi akan dikuarantin

89 rakyat Malaysia hadir Ijtima Tabligh di Sulawesi akan dikuarantin

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 19, 2020 4:22 pm




Kerajaan memutuskan bahawa seramai 89 rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia akan terus dikuarantin apabila tiba di Malaysia.

Ia selepas acara himpunan, yang membabitkan ribuan masyarakat Islam di Wilayah Sulawesi Selatan itu dibatalkan selepas beberapa pihak berkuasa menasihati mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob, berkata, tindakan kuarantin dilakukan berikutan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan jemaah tabligh berkenaan.

“Rakyat juga bimbang berkenaan kumpulan tabligh di Indonesia. Terdapat 89 rakyat malaysia yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

“Jawatankuasa kita buat keputusan bahawa semua jemaah apabila pulang, akan terus dikuarantinkan.

“Kita juga berbincang mengenai cadangan untuk mengambil tindakan termasuk kuarantin rakyat malaysia di luar negara yang pulang ke Malaysia sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” katanya dalam sidang media

Pada masa sama, Ismail yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, kerajaan memutuskan untuk mengesan sejumlah 4,000 peserta himpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang masih belum melakukan ujian saringan kesihatan.

Beliau berkata, oleh kerana para peserta tidak dapat dikesan sehingga kini, pihak polis akan mengerahkan anggotanya di seluruh negara untuk mencari mereka yang terlibat.

“Kebimbangan kumpulan tabligh seramai 4,000 masih tak dapat dikesan. Pihak polis dah buat keputusan untuk mereka sendiri mengesan kumpulan tabligh yang masih belum buat saringan.

“Namun, saya meminta kumpulan tabligh ini supaya datang sendiri ke pusat kesihatan untuk buat pemeriksaan tanpa perlu dicari,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Kecualikan kuarantin kepada yang sudah disuntik vaksin di Singapura

Agong dicadang arah Parlimen buat sidang khas lawan Covid-19

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production