Malaysia Dateline

9 kematian akibat Covid-19, 1 BID

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sembilan kematian baru akibat Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara sebanyak 31,892 kematian.

Hanya 1 kes dilaporkan meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Kes BID kini sebanyak 6,428 kes.

Sementara itu, 45,120 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam.

KKM turut merekodkan 52.9 peratus kadar penggunaan katil hospital bagi kes Covid-19 dan yang bukan berkait Covid-19.