Malaysia Dateline

90% kos rawatan Covid-19 ditanggung oleh kerajaan, kata Presiden Iran

“Syukur kepada Allah swt, Iran bukan salah sebuah negara di mana pesakit berada di jalanan, di atas rumput, dan di kaki lima,” kata Presiden Iran, Hassan Rouhani, dalam ucapan pertemuan Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Menghadapi Covid-19 semalam.

Menurut Rouhani, Iran telah memperkuatkan lagi sistem penjagaan kesihatannya termasuk meningkatkan peruntukan untuk rawatan kesihatan rakyat.

“Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, asas-asas sistem penjagaan kesihatan sangat kuat dimana sesiapa yang datang ke hospital kosnya dibayar 90% oleh kerajaan, dan anda melihat pesakit di negara-negara yang berbeza perlu membayar 130 dollar untuk ujian pertama dan mereka juga perlu membayar kos tambahan untuk setiap hari apabila mereka tinggal di hospital.

“Negara kita harus bangga dengan rancangan ini, semuanya bekerja bersama dan anda dapat melihat hari ini bahawa kita telah menjadi lebih integrasi daripada hari-hari sebelumnya.

“Hari ini, di samping penyakit Covid-19, terdapat perpaduan di seluruh negara,” kata Hassan Rouhani.

Iran antara negara yang teruk diserang Covid-19 di dunia. Lebih 35,400 rakyatnya sudah disahkan mengidap wabak itu manakala 2,517 rakyatnya sudah meninggal dunia akibat darinya.

Semalam sahaja 139 lagi rakyatnya meninggal manakala lebih 3,000 lagi disahkan positif Covid-19 yang bermula di Wuhan, China itu.

Menurut beliau, Iran tidak ada masalah dengan sumber makanan kerana kedai-kedainya sentiasa di buka.

“Semua kedai dibuka 24 jam sehari. Kami tidak seperti negara lain di mana keperluan harian amat terdesak dan sangat kurang untuk orang ramai.”

Beliau memuji masyarakat secara umum atas kerjasama mereka dalam mengikuti protokol dan arahan kesihatan, sambil menambah, “Allah swt melarang jika ada yang orang dijangkiti dengan wabak Coronavirus, beliau menyembunyikan isu hal tersebut dan ia adalah pengkhianatan besar kerana orang pertama yang berisiko adalah saudara-mara.”

Terjemahan: Abdul Halim bin Abdul Rahman