9,000 restoran mamak tidak akan naikkan harga

Oleh KIM SYAZIE

Lebih 9,000 restoran mamak di seluruh negara tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman mereka biarpun kos operasi mengalami kenaikan antara 10 hingga 15 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata, langkah tersebut dibuat bagi membantu masyarakat dalam berbelanja di restoran mereka bagi menyeimbangkan aliran perbelanjaan.

Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu dilakukan sebagai usaha restoran mamak bagi meringankan beban masyarakat dalam berbelanja di restoran mereka bagi menyeimbangkan aliran perbelanjaan mereka.

Katanya, kenaikan harga pada makanan dan minuman yang dijual hanya akan dilakukan sebagai pilihan terakhir sekiranya mereka tidak mampu menampung kos operasi perniagaan mereka.

Selain itu, tindakan menaikkan harga juadah dilihat sebagai pilihan terakhir pengusaha restoran mamak sekiranya tidak dapat menanggung perbelanjaan kos operasi mereka.

Dilaporkan juga, isu yang menjadi masalah utama buat PRESMA pada ketika ini bukanlah kenaikan harga barangan mahupun penawaran gaji RM1,500, sebaliknya kekurangan tenaga kerja sama ada dalam dan luar negara antara yang memberi kesan kepada restoran mamak untuk beroperasi 24 jam sehari.

Sebelum ini pihak PRESMA memaklumkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam berikutan kekurangan pekerja manakala lebih 2,000 premis bakal ditutup.

Baca juga: “Susah nak jumpa yang jujur” – Asnaf minta zakat henti bantuan sebab dah mampu sara keluarga, dipuji ramai

Baca juga: Wanita mendaki Everest untuk rekod kali kesepuluh