Malaysia Dateline

93 kanak-kanak mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Sejumlah 93 kanak-kanak dari pelbagai negara Afrika berjaya diselamatkan daripada rangkaian sindiket pemerdagangan manusia, demikian menurut kenyataan pihak berkuasa Algeria pada Ahad.

Memetik kenyataan Jabatan Polis dan Biro Bantuan Sosial Algeria, kesemua mangsa diselamatkan dalam tempoh seminggu oleh anggota pasukan keselamatan Algeria termasuk lebih 60 warga Nigeria, lapor Xinhua.

Operasi pertama dijalankan lima hari lalu dan seramai 39 kanak-kanak berjaya  diselamatkan. Kanak-kanak itu dikatakan dipergunakan untuk mengemis di pinggir bandar di timur Algeria.

Operasi kedua pada Khamis, 54 kanak-kanak diselamatkan, 28 daripadanya tanpa ibu bapa.

Mereka dilaporkan berada dalam keadaan baik dan kini di bawah jagaan Pusat Bantuan dan Sosial Algeria.

Tahun ini sahaja Algeria telah menyerahkan 10,000 pendatang haram termasuk 7,000 kanak-kanak ke Nigeria.

— BERNAMA