Malaysia Dateline

93 kes baharu COVID-19, 2 kes melibatkan warganegara

Terdapat 93 kes baharu yang telah dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes.

Daripada 93 kes baharu yang dilaporkan, semua kes adalah penularan di dalam negara, yang mana 91 kes melibatkan bukan warganegara.

55 kes adalah dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas manakala hanya dua kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,324 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, sebanyak enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).