Malaysia Dateline

94 calon bertanding peringkat AMANAH Nasional

Pemilihan Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional bakal menyaksikan persaingan daripada 87 calon bagi merebut 27 Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) bagi sesi 2019-2022.

Ketua Jawatankuasa Pemilihan Nasional, Dr Zulqarnain Lukman, berkata, keseluruhan 94 calon bakal bertanding termasuk bagi jawatan Speaker, Timbalan Speaker, Juruaudit dan AJK.

Jawatan Speaker akan menyaksikan perebutan antara dua calon yang layak bertanding, iaitu Ketua Komunikasi AMANAH Johor, Onn Jaafar dan Ketua AMANAH Bahagian Jasin, Yuhaizad Abdullah.

Manakala Timbalan Speaker dipertandingkan kepada tiga calon iaitu: Adnan Saad dari kawasan Alor Setar; Setiausaha AMANAH Kawasan Kapar, Mohd Shaiful Roseman; dan Datuk Mohd Soba Hussin (Tanah Merah).

Sementara itu, jawatan Juruaudit menyaksikan dua calon bertanding iaitu: Ali Maasin dari kawasan Jelebu; dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar,kawasan Bukit Bintang

Keseluruhan 87 calon yang lain pula akan bertanding merebut jawatan AJK.

Sebagai rekod, Konvensyen AMANAH Nasional Kali Keempat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, akan menyaksikan seramai 925 perwakilan akan mengundi untuk memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Tertinggi parti.