Terengganu buat rombakan pegawai tadbir kanan besar-besaran

Terengganu buat rombakan pegawai tadbir kanan besar-besaran

Berkuatkuasa Rabu ini, seramai 95 pegawai tadbir kanan kerajaan negeri Terengganu terlibat dalam pertukaran besar-besaran.

Makluman mengenai pertukaran itu dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu semalam.

Antara yang terbabit dalam rombakan itu ialah Samiun Salleh yang ditukarkan dari jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Jawatan Datuk Bandar MBKT akan diganti oleh Shahidan Embok yang merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut.
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Datuk Tg. Farok Hussin Tg. Abdul Jalil ditukarkan ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu.

Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Zulkifli Ali akan mengisi jawatan Pegawai Daerah/Pentadbir Kuala Terengganu. Rosdi Awang yang merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Setiu ditukarkan ke jawatan yang sama di Dungun.

Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Marang, Mat Azmi Arshad ditukarkan ke jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md. Salleh ditukarkan ke jawatan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman A. Bakar akan memulakan tugasnya sebagai PegawaiDaerah/Pentadbir Tanah Kemaman manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT), Rozali Salleh ditukarkan ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut.

Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak pula ditukarkan dari jawatan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menjadi Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Marang.