Malaysia Dateline

Selamat Menyambut  Tahun Baru Cina yang akan diraikan oleh rakyat Malaysia  beragama Buddha hari ini.

Dalam kalendar Qamari Cina sambutan perayaan kali ini  jatuh pada tahun tikus. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun tikus membawa makna yang positif seperti mengambil peluang keemasan dan tekun berusaha bagi memajukan diri.

Mulakan hari di tahun baru dengan membuka lembaran baru “Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Chai”

Malaysia Dateline.com juga ingin menyampaikan pesanan kepada seluruh rakyat berbilang kaum yang turut meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bersama rakan taulan atau mengambil peluang cuti umum  di hujung minggu untuk pulang ke kampung halaman bersama keluarga agar berhati-hati di jalan raya, elakan kemalangan jiwa.

Ingatlah orang yang tersayang.

Malaysia Dateline.com  akan kembali beroperasi  pada 26 Januari 2020 (Ahad).