Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
ALPH Simunjan adakan lawatan sempena Tahun Baharu Cina 2020
.Lahiji menyampaikan sumbangan tiga set televisyen kepada pihak Hospital Simunjan hari ini.

ALPH Simunjan adakan lawatan sempena Tahun Baharu Cina 2020

MAHDAR BUJANGJanuary 27, 2020 1:00 pm




ALPH Simunjan adakan lawatan sempena Tahun Baharu Cina 2020 .Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Simunjan telah mengadakan lawatan bertemu dengan pesakit-pesakit yang tidak dapat balik bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2020 hari ini.

Pengerusinya, Lahaji Lahiya berkata, pada program itu pihaknya telah menyampaikan sumbangan tiga set televisyen(tv) untuk kegunaan kakitangan hospital dan keluarga pesakit di samping mengedarkan buah limau kepada orang ramai di sekitar hospital.

Katanya, tujuan program ialah bagi mengeratkan lagi hubungan ALPH Simunjan, kakitangan hospital dan pesakit yang tidak dibenarkan balik sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Ini merupakan aktiviti yang telah dirancangkan sebelum ini yang mana setiap perayaan kami akan mengadakan siri lawatan ke Hospital Simunjan.
“Selain sambutan musim perayaan, kami juga akan melaksanakan program dan aktiviti lain dari masa ke semasa yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ALPH dan kakitangan di sini, ” ujar beliau ketika ditemui di Simunjan hari ini.

Jelas beliau, ramai pesakit yang tidak dapat balik kerana mereka tidak mampu berulang alik memandangkan kos pengangkutan yang terlalu tinggi selain terpaksa mendapatkan rawatan rutin daripada pihak doktor.
“Justeru, dengan adanya program lawatan seperti ini kami sekurang-kurangnya dapat memberi motivasi kepada keluarga pesakit supaya mereka sendiri mengambil masa untuk berehat secukupnya.

Lahaji yang juga merupakan Setiausaha Kerja AMANAH Sarawak menambah, banyak lagi program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini khususnya aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

“In shaa Allah…sepanjang tahun ini kami akan merancang pelbagai program dan aktiviti terutamanya berkaitan kebajikan keluarga pesakit yang sentiasa bersama pesakit di hospital.

“Kita amat sedih apabila melihat keluarga yang sentiasa berada bersama pesakit dan mereka juga perlukan ruang untuk berehat.

“Sebenarnya, ini yang sering berlaku apabila keluarga yang menjaga sanak saudara di wad tetapi mereka sendiri yang tidak cukup rehat,” ujar beliau.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production