Malaysia Dateline

98.6% daripada 17,577 kes adalah kategori 1 dan 2

Daripada 17,577 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 244 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 17,333 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kes baru yang dilaporkan sebanyak 17,577 menjadikan kumulatif kes baru adalah 2,067,327 kes, daripada kes tempatan pula sebanyak 15,438 adalah warganegara, dan 2,136 bukan warganegara.

Sebanyak 22,970 kes sembuh telah dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 1,823,248 kes

1,223 pesakit masih berada di dalam ICU di mana 891 kes COVID-19 melibatkan 332 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan.

720 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan di mana 410 kes COVID-19 dan 310 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan.

Setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 5,247 kluster, di mana kluster baru sebanyak 19 kluster yang telah dikesan, 1,387 kluster aktif dan sebanyak 3,860 kluster yang telah tamat.