Kerajaan Perpaduan jalan penyelesaian hingga PRU15

Oleh NASUHA RAHMAN

This, I’m sure will be an unpopular post. Kerana ia tidak akan senada dengan Anwarista, Matahirisma, NajibMah macais, penyokong Umno tegar mahupun walaun Pas. Pendek kata ia akan dihentam oleh semua hantu politik yang taksub dengan parti dan pemimpin tertentu, tak kira la dari PN, BN mahupun PH.

Saya bercakap atas kapisiti seorang rakyat Malaysia, yang bukan ahli mana-mana parti dan tidak taksub dengan mana-mana pemimpin. Sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini. Kenapa? Rakyat dah mula nampak sejak pandemik ini perangai sebenar kebanyakan ahli politik. Rakyat dah mula jelik, jemu dan cemuih. Tatkala Rakyat susah, mereka hanya pandai main politik, berebut nak jadi Kerajaan dan menjatuhkan satu sama lain. Mari kita tengok kepincangan parti masing-masing:

i. Umno dah pecah 3:

a. Geng Zahid/ Najib,
b. Geng sokong H2O,
c. Geng nak Anwar jadi PM

ii. PKR dah pecah 2 (bila yang PKR tak berpecah?)

a. Geng Anwar,
b. Geng Rafizi

iii. Bersatu ada geng Mahiaddin, ada geng Mahathir (Pejuang)

iv. DAP pulak ada geng yang nak Umno (macam diaorg buat di Perak), ada geng yang taknak Umno

v. Pas usah cerita, ni yang paling hampeh, dia jenis mana jadi Kerajaan tu yang dia nak sokong. Rasanya cium DAP balik pun sanggup.

Makanya tuan-puan tengok di atas, kalau macam ni punya ragam, boleh ke kita percaya lagi mereka ini. Dari “Barisan” ke “Pakatan” ke “Perikatan” dan sekarang dah ada bunyi nak buat “Jajaran”. Yang pastinya Rakyat makin susah, masalah tak selesai. Yang hairannya, jumlah rakyat yang jadi ahli parti politik di Malaysia ni tak sampai 8 Juta orang. Umno punya ahli paling banyak iaitu tak sampai 3.4 juta. Yang lain tak signifikan jumlah ahlinya.

Dengan kata lain, majoriti rakyat Malaysia iaitu dekat 25 juta orang tidak langsung terlibat dengan politik parti. Makanya, kenapa perlu kita letakkan masa depan negara pada mereka. Saya setuju dengan penyataan Kerajaan gagal, sedikit sebanyak kerana Pembangkang juga lemah. Kenapa lemah? Sebab tiada sepakatan. Nak namakan PM alternatif pun susah.

Ramai tahu Mahiaddin hayat politiknya makin singkat. Tambah keadaan kesihatan beliau kini. Beliau masih ada peluang buat perkara yang betul untuk Malaysia. Yang pertamanya letak jawatan secara terhormat dan fokus pada kesihatan. Saya tak rasa beliau boleh lagi menggalas peranan PM Malaysia pada masa ini. He can’t even control and manage his own Cabinet, let alone the whole Malaysia.

Namun demikian, dia nak pass pada siapa? Ada ke yang boleh percaya? Sebab kita taknak piliharaya, sekarang kena focus untuk transition of power. Makanya tuan-puan tengok, bila dah tahu PM dah makin lemah, ramai dah tukar jadi Piranha. Ramai yang dah mula push diri nak jadi PM. Segala macam undi di talian dibuat. Ada yang nak Anwar, H20, KJ, Shafie Apdal, tak kurang juga nak lantik Mahathir balik.

Kita semua tahu bila masuk Parlimen nanti, inilah perkara utama yang mereka akan buat. Keasbahan lantikan PM ke-8 dan siapa perlu jadi PM ke 9? Sama ada bertukar Kerajaan atau tidak, yang pasti Rakyat takkan menang. Apa kepastian kalau Kerajaan bertukar, keadaan makin senang. Apa jaminan, ahli-ahli politik ini tak melompat katak sekali lagi dan lagi sekali tukar Kerajaan. Tukar punya tukar sampai Abang Jamil “mamps”. Makanya Rakyat terus sengsara dengan langkah politik songsang.

Makanya jalan penyelesaian paling senang, biarlah Kerajaan baru dikawal oleh Majlis Raja-Raja (MRR) melalui Agong. Kita wujudkan Kerajaan Perpaduan melalui Mageran. Pilih pemimpin yang ada merit, akauntabiliti dan telus. Fokus untuk keluarkan Malaysia dari pandemik sementara menunggu PRU-15. Saya pikir ini jalan terbaik.

Jangan dianggap Raja-Raja Melayu ini ignorant dan hanya duduk di kayangan. Dalam kalangan mereka ada Sultan yang ada dua PHD Sains Politik dan Undang-Undang dari Oxford dan Havard. Ada ke ahli politik di Malaysia yang boleh lawan? Ada banyak dalam kalangan Baginda Sultan yang lebih mementingkan Rakyat dari ahli politik sampah yang kita ada sekarang. Buat masa ini Rakyat dah tak boleh percaya Ahli Politik, tapi kita masih boleh bergantung harap kepada MRR.

Cadangan saya lantikan barisan pemimpin Kabinet Kerajaan Perpaduan ini dibawa ke MRR untuk pertimbangan. Semua parti boleh bagi cadangan. MRR termasuk Agong akan buat keputusan secara majoriti undi. Ini lebih telus daripada seorang PM melantik sendiri ahli kabinet. Bila mana lantikan dibuat oleh suatu jawatankuasa dan bukan bukan hanya budi bicara seorang individual, lantikan itu lebih telus dan penuh hemat.

Persoalan seterusnya juga, siapa pula nak jadi PM. Cadangan saya biarlah MRR juga lantik berdasarkan merit. Kena ingat di bawah Perlembangan, tiada elemen kepartian, ia adalah non-partisan. Agong boleh melantik PM dari kalangan Ahli Dewan yang mempunyai majoriti undi. Tak kira siapa pun mencalonkan. Makanya cadangan ini boleh diguna pakai. Bilamana MRR buat keputusan yang lain perlu patuh. Itu perjanjian Kerajaan Perpaduan yang perlu disokong.

Siapa yang MRR boleh lantik untuk jadi PM? Kalau boleh calon PM bukanlah di kalangan bekas banduan dan bakal banduan. Tak kira apa kesalahan. Mereka yang ada kes di Mahkamah perlu diketepikan. Mereka yang ada skandal diketahui umum sama ada gambar kabur atau tidak pun harus diletak tepi. Jangan perjudikan nasib negara dengan orang sebegini. Satu lagi, yang dah jadi PM pun sudah-sudahlah. Kalau dok push nanti takut orang menyampah.

Sekiranya kita nak memilih pemimpin, yang pertama kena elok (budi), keduanya kena pandai. Makanya dalam kalangan ahli politik sekarang yang ada 2 sifat tu pun tak ramai. Jangan hanya stuck dengan pemimpin dinosaur. Banyak di kalangan pemimpin muda yang berkebolehan untuk diberi peluang. Sebagai contohnya: Syahril Hamdan, Anthony Loke, Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli, Saifudin Nasution, Syed Saddiq, Gobind Singh Deo dan Darell Leiking (I’m bias here). Yang perempuan pun jangan lupa: Azalina Othman, Hannah Yeoh dan Nurul Izzah dan Yeo Bee Yin. Kalau macam ni line up ahli Kabinet Malaysia, in sya Allah Malaysia akan berada di landasan yang betul. Kita pilih yang ada merit tak kira mana parti.

So now siapa yang boleh jadi PM untuk mengetuai barisan muda ini. Ada banyak calon underdog macam Mat Hasan, Ismail Sabri dan Shafie Apdal. Yang less controversial and not too mainstream yang kita boleh bagi peluang. Namun adakah mereka boleh kawal Kerajaan Perpaduan yang pelbagai parti dan pelbagai ragam. Kena ingat bukan senang. PM7 yang dah dua kali jadi PM pun tersungkur sampai letak jawatan.

Satu-satunya pemimpin yang rasa boleh pakai untuk control Kerajaan Perpaduan adalah Rafidah Aziz. Iya, seorang perempuan. Tapi perempuan ini juga murid-muridnya ialah Anwar, Zahid dan lain lain. Masa mereka pelajar di UM, Rafidah Aziz pernah mengajar sebagai pensyarah. Saya tak rasa ramai yang berani lawan Iron Lady. Nazri Aziz pun tak berani, sekali kena langsing. Dia pun banyak pengalaman dan boleh membimbing pemimpin baru yang ada.

Nanti ada yang tanya, kenapa saya calonkan Rafidah Aziz? Takde yang lain ka. There is a saying “if you want anything said, ask a man. If you want anything done ask a woman.” Desperate time, requires desperate measures. Dah 8 PM Malaysia dalam kalangan lelaki, why not this time kita bagi yang perempuan pula. So that you know, negara paling berjaya melawan Covid buat masa ini ialah New Zealand dan Taiwan. Cuba check siapa pemimpin nombor satu di sana. Kedua-duanya PM perempuan ya.

Tuan-puan pun mungkin ada pilihan PM sendiri. Yang penting tak perlu taksub sampai pandirkan diri. Tak kira PM mana, yang paling utama sekarang kita mahu kestabilan politik. Nak capai kestabilan perlu ada rencatan politik. Yang pertama perlu dibuat, PM8 letak jawatan dan cadangkan Kerajaan Perpaduan melalui Mageran dan disemak imbang oleh Agong dan Majlis Raja-Raja. Lantikan PM dan ahli Kabinet juga melalui platform ini. Yang pasti ini bukan untuk poket dan ikut tekak mana-mana parti.

Kalau tuan-puan sokong cadangan ini, tak payah naikkan bendera hitam atau putih. Cukuplah dengan simbolik naikkan bendera Malaysia. Tunjukkan kita tak setuju dengan politik sampah kerana kita sayangkan negara. Moga-moga dengan langkah ini, Allah lindungi Malaysia dari khianat ahli politik durjana. Moga kita boleh tinggalkan yang indah-indah untuk cucu cicit kita.

#deminegara
#kerajaanperpaduan
#kibarjalurgemilang

 

Penulis adalah bekas pegawai MITI