Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa supaya membuktikan bahawa yang dia bersama Zahid Hamidi dan Johari Abdul melanggar SOP.
Annuar menerusi Twitternya memaparkan gambar Saifuddin bersama Zahid dan Johari Abdul sedang makan sedulang dan dua keping gambar lagi berlakarkan lokasi berbeza.
Tujuan dan niat gambar itu dipapar mudah sahaja untuk memahaminya. Ia adalah fitnah politik yang busuk daripada Annuar Musa. Niat pemaparan gambar itu boleh diselami ada dua tujuan, sambil menyelam minum air.
Pertama, Annuar hendak buktikan yang berlaku pertemuan antara Presiden Umno Zahid Hamidi dengan Saifuddin dan Johari Abdul yang kedua-duanya menjadi orang harapan dan perantara Anwar Ibrahim.
Yang ingin ditonjolkan Annuar bahawa ada kerjasama atau pakatan antara Zahid dengan Anwar Ibrahim. Kalau orang lain ada perjumpaan tetapi kenapa tidak dengar kita?
Apakah Annuar ikhlas yang dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana pemimpin parti selain Umno?
Dan tujuan keduanya ialah beliau ingin membela dirinya yang sudah melakukan kesalahan melanggar SOP PKP apabila pergi dan makan nasi di rumah bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi kemudian telah dikompaun sebanyak RM2,000.
Saifuddin telah memberi reaksi kepada kerja busuk Annuar Musa itu dengan mencabar bekas Setiausaha Agung BN itu memberi butiran lanjut mengenai gambar berkenaan.
Menurut Saifuddin beliau tidak nafikan akan gambar berkenaan, kerana dia mempunyai hubungan persahabatan lama dengan Zahid, lebih 30 tahun lalu.
Cara Annuar cuba mengeksploitasikan gambar itu demi kepentingan politiknya sangat hodoh sekali.
Kalau gambar atau pertemuan itu berlaku semasa PKP, mungkin ada asasnya kerana Annuar mahu melaporkan pertemuan itu melanggar SOP. Tetapi kalau gambar itu gambar lama, ia adalah perbuatan jijik dan fitnah.
Malang sekali kalau orang bertaraf menteri sendiri tetapi masih tidak ada etika dan akhlak, ikut sama melakukan vandalisme politik. Kemetot sungguh otaknya. Lain kali jangan tergesa-gesa baik double check dulu.