Menjelang sidang Parlimen, lebih 10 orang batuk, sakit tekak selepas kes Covid-19 dikesan

Oleh ARIF ATAN

Lebih 10 orang mengalami gejala batuk dan sakit tekak selepas kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen menjelang sidang Dewan Rakyat Khas selama lima hari mulai 26 Julai ini.

Banyak orang menjadi kontak rapat kepada kes positif tersebut dan kebanyakan yang mengalami gejala melibatkan pengawal keselamatan, lapor Utusan Malaysia.

Laporan yang memetik seorang pegawai Parlimen yang tidak mahu dinamakan itu berkata, keadaan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan memandangkan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung kurang dua minggu lagi.

“Ikutkan jadual yang ada, sidang Dewan Rakyat akan tetap berlangsung 26 Julai ini. Tetapi saya tidak tahu bagaimana keadaannya jika ia tetap berlangsung dalam keadaan kes Covid-19 di Parlimen pun ada.

“Sebab virus itu boleh tersebar melalui penguadaraan di sesebuah kawasan,” kata sumber itu dipetik Utusan Malaysia.